Dalam konteks penegakan hukum, kebenaran dan keadilan di lingkungan Peradilan/Mahkamah Sivil dan Militer Negara Acheh Darussalam; Al- Qur´an merupakan sumber hukum utama, sekaligus menjadi standard untukmemenuhi rasa keadilan, sebagaimana difirmankan:
ََلَ يَجْرِمَنَّكُم ْ شَنَاٰن ُ قَوْم َ ّلِلِه ِ شُهَدَاۤء َ بِالْقِسْط ِِۖ و يٰٰٓاَيُّهَا الَّذِيْن َ اٰمَنُوْا كُوْنُوْا قَوَّامِيْنََِۖلَّ تَعْدِلُوْا ۗ اِعْدِلُوْا ۗ هُو َ اَقْرَب ُ لِلتَّقْوٰى عَلٰٰٓى ا َ
َّ ّللاه َ خَبِيْر ٌۢ بِمَا تَعْمَلُوْن ّللاه َۗ اِن وَاتَّقُوا
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penegak (kebenaran) karena Allah (dan) saksi-saksi (yang bertindak) dengan adil. Janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil karena (adil) itu lebih dekat pada takwa. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” (Q: Surat Al-MaidaH, ayat 8) Seterusnya, Allah berfirman:َٰ
َ ّلِلَِِّ وَلَو ْ عَلَى ٰٰٓ أَنفُسِكُم ْ أَو ِ ٱلْو ۞ يَـٰٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِين َ ءَامَنُوا ۟ كُونُوا ۟ قَوَّٰمِين َ بِٱلْقِسْط ِ شُهَدَآٰءْلِدَيْن ِ وَٱ ْلَْقْرَبِين َ ۚ إِن يَكُن ْ غَنِيًّا أَو ِ
ََلَ تَتَّبِعُوا ۟ ٱلْهَوَى ٰٰٓ أَن تَعْدِلُوا ۟ ۚ وَإِن تَلْوُۥٰٓا ۟ أَو ْ تُعْرِضُوا ۟ فَإ ّلِلَُّ أَوْلَى ٰ بِهِمَا ِۖ ف فَقِيرًۭا فَٱّلِلََّ كَان َ بِمَا تَعْمَلُون َ خَبِيرًۭا ن َّ ٱ١٣٥
”Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang- orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Q: Surat An-Nisa´,ayat 135) Selain itu pada pasal 1 Meukuta Alam dikatakan: ”Al-Qur´an, Hadits, Ijma´ dan Qiyash (Ijtihad) merupakan sumber hukum utama dalam Negara Acheh Darussalam.” Sumber hukum tersebut merupakan jiwa dan nafas yang menggerakkan roda pemerintahan di semua linie. Bertolak dari sini, maka prinsip- prinsip hukum, rasa keadilan dan kebenaran yang termaktub dalam Qur´an Hadits, dituangkan/dijabarkan kedalam rumusan Qanun Meukuta Alam yang di- implementasi oleh lembaga yudikatif sebagai penegak hukum. Pada pasal 11 Meukuta Alam, menyebut:
“(1). Mufti negara adalah Lembaga Tertinggi di lingkungan Peradilan yang berkompetensi mengeluarkan fatwa untuk menjawab semua persoalan hukum, politik dan isu lain yang muncul dalam masyarakat yang memerlukan sandaran dan ketetapan hukum.
(2). Mufti negara adalah Lembaga Tertinggi di lingkungan Peradilan, berfungsi dan berwenang untuk menguji ketepatan penerapan hukum dalam menyelesaikan sebuah perkara.
(3). Semua pihak yang merasa tidak puas dengan putusan Qadhi Malikul 'adil di peringkat wilayah, boleh mengajukan banding sebagai upaya terakhir kepada Mufti negara untuk menetapkan status hukum terkakhr yang pasti-pasti.
(4). Putusan Qadhi dan Mufti Negara bersifat muktamat yang tidak boleh dipengaruhi dan di-intervensi oleh pihak manapun.
(5). Pemilihan Ketua dan anggota Mufti dan Qadhi Negara diatur denganqanun.
(6). Syarat-syarat/kriteria menjadi ketua dan anggota Mufti dan Qadhi Negaraditetapkan dengan qanun.” Bermakna fungsi, peran dan wewenang Mufti, Qadhi Malikul `Adil dan Qadhi negara/Institusi Tuha Peuët (Yudikatif), amat penting dalam upaya penegakan hukum syara´ di lingkungan Pemerintahan Acheh Darussalam, dimana para Hakim selain mengkaji, menganalisis nash-nash yang bersumber dari al- Qur´an, Hadits dan pendapat para Fuqaha, juga menafsir sebuah teks melalui ketajaman logika, rasio dan keyakinan (ijtihad), berkewajiban, bertanggungjawab untuk merumuskan Putusan Hakim (jurisprudensi) terhadap semua kasus dalam urusan muamalah, nikah, waris, siasah dan jenayah, sekaligus memastikan ketentuan syara´ dimaksud, dilaksanakan secara kaffah (menyeluruh).
Secara umum, Qadhi dikenali sebagai Hakim yang mengendalikan dan menegakkan hukum syara´ mulai dari peringkat Pusat, Wilayah, Daerah, Sagoë dan Mukim dalam lingkungan Negara Acheh Darussalam. Ketentuan yang termaktub dalam Meukuta Alam, Qanun Jenayah Islam dan Peraturan Perundang- undangan Islam (syariah) lain, seperti Perturan yang dikeluarkan oleh Mufti Negara, Kementerian Hukum & Keadilan dan Ketua Qadhi Malikul ´Adil dan Qadhi Negara mesti di-implementasi dengan betul dan terukur dalam urusan pentadbiran Peradilan negara. Mufti, Qadhi Malikul `Adil dan Qadhi negara dan Qadhi Negara berhak dan berkewajiban merumuskan fatwa Hukum yang logik dan rasional bagi menyelesaikan masalah hukum yang dihadapi oleh seorang individu, famili, Badan Hukum mau pun golongan demi melindungi hak-hak warganegara. Memandangkan pentingnya semua perkara yang di atas, maka seorang
Qadhi Negara mesti menguasai dan memenuhi syarat sbb:
1. Beragama Islam
2. Menguasai asas atau pun prinsip Hukum-Hakam
3. Bersifat Jujur, amanah, terpercaya dan terpuji.
4. Ta´at menjalankan Rukum Islam.
5. Mampu menjadi Imam dalam shalat berjama´ah dan menjadi Khatib Jum´at.
6. Menguasai ilmu pengetahuan ukhrawi dan duniawi yang luas.
7. Dikenali oleh masyarakat sebagai figur yang arif dan bijaksana.
8. Memiliki sifat penyantun, sopan santun, pelindung dan kasih sayang.
9. Memiliki sifat tegas dalam mengambil Putusan mengikut ketentuan hukum syara´.
10. Sedang tidak dililiti dengan hutang atau pun pinjaman, melebihi 5.000.00 Dinar Acheh Darussalam.
11. Dikenali sebagai figur peramah, toleran dalam masyarakat, tidak egoist, tidak sombong atau angkuh dan memiliki dedikasi terhadap negara Acheh Darussalam.
Ketentuaan ini hanya sebagai syarat minimal; selebihnya
Mufti, Qadhi Malikul `Adil dan Qadhi negara dan Qadhi Negara mempunyai hak
dan kuasa penuh untuk merumuskan/menjabarkan secara terperinci.
Tag Terpopuler
› PEMERINTAHAN
› PERJUANGAN ACEH
› PERTAHANAN
› POLITIK ACEH
› SEJARAH ACEH
Fungsi Dan Tugas Mufti Dan Qadhi Malikul ´Adil Dan Qadhi Negara Acheh Darussalam
Fungsi Dan Tugas Mufti Dan Qadhi Malikul ´Adil Dan Qadhi Negara Acheh Darussalam
PEMERINTAH NEGARA ACHEH DARUSSALAM
Ahad, 9 November 2025 | November 09, 2025 WIB |
0 Views
Last Updated
2025-11-10T00:01:30Z



