Notification

×

Iklan

Iklan

Yusra Habib Abdul Gani, aktif sebagai tokoh GAM di Malaysia dan Skandinavia,

Ahad, 9 November 2025 | November 09, 2025 WIB | 0 Views Last Updated 2025-11-09T08:59:25Z

 

Sejarah perjuangan mendaulatkan penubuhan negara Islam Aceh dipenuhi dengan cabaran dan halangan, walaupun kerajaan Islam Aceh telah jelas terbentuk sejak zaman awal moden, namun perubahan politik yang berlaku pada akhir abad ke-18 telah merubahnya. Kajian ini merungkai bagaimana kehadiran kuasa luar, seperti Belanda, Jepun dan penubuhan negara Indonesia telah mencabar dan menghalang kepada penubuhan negara bangsa Aceh. Permasalahan ini bertambah kusut selepas Perang Dunia Kedua, apabila perjuangan mendaulatkan kerajaan Islam Aceh telah berubah dari sebuah gagasan perjuangan untuk menubuhkan kerajaan Aceh yang berdaulat kepada perjuangan menuntut pelaksanaan Syari’at Islam dilaksanakan dalam lingkungan negara Indonesia. 

Seterusnya pada tahun 1976, perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka telah diteruskan oleh Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang menuntut kemerdekaan sepenuhnya dan penubuhan sebuah negara Islam. Antara persoalan kajian yang mendasari kajian ini adalah mengapakah kuasa luar menjajah Aceh yang merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka, bagaimanakah tindak balas Aceh untuk mempertahankan kedaulatan negara Islam Aceh, bagaimanakah usaha penentangan gerakan Darul Islam Aceh terhadap Kerajaan Pusat Indonesia dan apakah matlamat penubuhan GAM. 

Bertolak daripada persoalan ini, objektif kajian ini adalah: menganalisis faktor-faktor utama kuasa luar menjajah Aceh yang merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka, usaha-usaha Aceh untuk mempertahankan kedaulatan Aceh terhadap kuasa luar, penentangan gerakan Darul Islam Aceh (DI-Aceh) terhadap Kerajaan Pusat Indonesia dan matlamat penubuhan GAM serta penubuhan negara Islam Aceh. Hasil kajian mendapati bahawa perjuangan mendaulatkan Aceh menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak tahun 1873-2005 mengalami pasang surut, namun tetap berterusan. Ini merupakan dinamika perjuangan untuk mendaulatkan penubuhan negara Islam Aceh. 

Akhirnya penemuan kajian ini menyimpulkan bahawa sejarah perjuangan mendaulatkan Aceh sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka dan mendaulatkan daulah Islamiah sepenuhnya, masih jauh dari harapan dan cita-cita pengasasnya.


Yusra Habib Abdul Gani, aktif sebagai tokoh GAM di Malaysia dan Skandinavia, Selasa (23/8) meraih gelar doktor di University Kebangsaan Malaysia (UKM), Selanggor. Ia meraih doktor dalam bidang ilmu sejarah. Yusra Habib Abdul Gani kepada Serambi kemarin mengatakan, ia memperoleh gelar doktor pada Fakultas Sains, Sosial dan Kemanusian, UKM, setelah mampu mempertahankan disertasinya yang berjudul “Sejarah Perjuangan Mendaulatkan Negara Islam Aceh 173-2005”.

Disertasi itu mampu dipertahankan dihadapan dua penguji, yaitu Profesor Dr Lukman Thaib dan Dr Rusli. Disebutkan, Studi Doktoral itu diselesaikan dalam kurun waktu enam semester, yaitu sejak akhir 2013 hingga 2016. “Disertasi saya ini mengkaji sejarah rakyat Aceh dalam memperjuangkan negara Islam Aceh yang berdaulat, serta faktor-faktor yang menyebabkan perjuangan itu belum berhasil hingga kini,” ujar Tokoh yang selama ini menetap di salah satu negara Skandinavia, Denmark.

Yusra menguraikan, dalam disertasinya ia membagi perjuangan Aceh dalam empat fase yaitu perjuangan melawan Kolonial Belanda (1873-1942), perjuangan melawan penjajahan Jepang (1942-1945), perjuangan DI/TI (1953-1962), dan terakhir perjuangan GAM (1976-2005). Ia menyebutkan, dalam penelitiannya diungkapkan bahwa selama berperang melawan Belanda sebanyak 250 ribu jiwa rakyat gugur dan 700 orang gugur saat melawan Jepang. Sementara dalam masa perjuangan GAM, Yusra mengutip data yang dituliskan oleh media Washington Time, yaitu sebanyak 50 ribu orang tewas selama 1976-2005. Dia menambahkan, saat ini hasil penelitiannya dalam disertasi itu telah diminta oleh Dewan Bahasa Malaysia untuk diterbit dalam bentuk buku. Sedangkan di Aceh, ia juga sudah dalam proses untuk produksi yang saat ini memasuki tahap editing. (mun)


TUTUP IKLAN
TUTUP IKLAN
×
Berita Terbaru Update